Diari Adam - Metro Ahad (1 Mei 2005)
Diari Adam: Adam seronok di kampung
ASSALAMUALAIKUM! Apa lagi yang boleh saya lahirkan di sini selain bangga, gembira dan terharu di atas kepercayaan Metro Ahad memberi peluang untuk saya mencatat sesuatu di sini. Ruang yang saya sifatkan sebagai perantara untuk saya berkongsi dengan peminat.
Sebenarnya ketika ditawarkan untuk menulis di Diari Adam, saya gementar kerana belum pernah menjadi kolumnis. Selama ini saya hanya sempat membaca tulisan beberapa artis termasuk yang terbaru rakan saya, Zahid dalam kolumnya, Ah Chunnya!.
Sekarang tiba giliran saya. Bagaikan suatu perkembangan drastik di dalam hidup saya sejak keluar dari Akademi Fantasia. Daripada menyanyi, buat iklan, kemudian berlakon dan kini menulis. Baru saya sedar yang dunia seni kita tidak hanya terikat di satu-satu bidang saja.
Bukan mudah
Kalau selama ini kita hanya tahu membaca dan mengkritik tulisan di akhbar tetapi rupa-rupanya bukan mudah apabila kita sendiri berada di sini. Mungkin hari pertama, sukar untuk saya menyusun ayat dan memikir topik sesuai.
Apa-apapun saya mengharapkan Diari Adam yang disiarkan setiap minggu ini dapat merapatkan lagi hubungan saya dengan peminat. Insya-Allah, saya akan beritahu anda semua perkembangan karier saya dari semasa ke semasa.
Seperti dua hari lepas, saya mengadakan pertemuan dengan peminat-peminat di Lahat Datu, Sabah. Ada persembahan di sana dan saya seronok melihat sambutan yang diberikan. Kebetulan berada di negeri sendiri, saya kini berada di kampung di Kota Kinabalu.
Agak lama meninggalkan kampung kerana kesibukan sebagai artis. Jadi terasa sangat betapa bahagianya saya berada di sini, bersama keluarga dan menghirup udara tempat saya membesar.
Cuma baru-baru ini, keluarga saya datang bercuti di Kuala Lumpur untuk bersama saya kerana mereka tahu jadual anaknya ini terlalu padat. Nasib baik keluarga cukup memahami perjuangan yang saya minati ini.
Insya-Allah lusa saya pulang ke kotaraya kerana banyak lagi perancangan dan janji temu yang harus dikotakan. Ini termasuk persediaan konsert yang saya kira paling besar pernah diadakan bersama abang-abang KRU.
Konsert itu akan diadakan di Kuching pada Sabtu ini (7 Mei). Kepada peminat di sana, nantikan kemunculan kami.
Sehingga saat ini, orang masih bertanya saya mengenai kerjasama dengan KRU. Berulang kali juga saya nyatakan, mungkin itu tuah saya dapat bekerja dengan mereka yang pernah menjadi idola saya. Malah terima kasih kepada mereka yang mempercayai bakat saya ini.
Bercakap pasal konsert di Kuching, saya teringat pengalaman manis ketika mengadakan persembahan di kawasan pedalaman Sarawak iaitu Melawai. Itu pertama kali saya menjejak kaki ke kawasan yang kaya dengan hutan hujan tropika.
Saya bersama rakan seperjuangan AF2 seperti Bob, Nurul dan Farah melalui pengalaman baru, menaiki bot dan feri selama dua setengah jam dari bandar Sibu. Dua kali kami terpaksa bertukar feri. Kami tidak pernah merungut terutama Farah yang datang dari kota besar Kuala Lumpur.
Bukan mudah kalau mereka yang tidak sabar untuk berada lama di dalam bot atau feri. Namun kami seronok melihat pemandangan hutan menghijau, terasa segar dapat bernafas di kawasan yang banyak oksigen.
Memang penat tetapi memikirkan ‘janji’ kami untuk bertemu peminat (selain cari makan), kami gagahi usaha ini. Kerana mereka jugalah kami berada di sini hari ini.
Penat tidak dirasai selepas bertemu mereka. Sambutan yang diberikan mereka di luar dugaan, terasa diri kami macam bintang besar. Saya faham, mereka jarang bertemu muka artis pujaan yang hanya dilihat melalui kaca TV.
Mungkin juga mereka dahagakan hiburan yang agak terhad di kawasan pedalaman itu. Seronoknya apabila saya menyanyikan lagu Terhangat Di Pasaran, ramai yang ikut menyanyi bersama saya. Sebenarnya kedatangan kami juga bersempena dengan sebuah projek baru yang diadakan di Melawai.
Sehari sebelum itu, saya bersama Farah, Bob, Zahid, Anding dan Kaer mengadakan konsert amal di Sibu. Sambutan juga hebat! Bukan saja-saja reka cerita tetapi sambutan di sana agak luar biasa kalau dibanding peminat di Semenanjung.
Sebelum saya mengakhiri tulisan hari ini, saya ingin mengucapkan sekali lagi terima kasih kepada Metro Ahad kerana peluang ini. Harap kita jumpa lagi minggu depan!

0 Comments:
Post a Comment
<< Home