Diari Adam: Metro Ahad (11 September 2005)
Diari Adam: Tak sabar beraksi di AE
KETIKA menulis artikel ini (8 September 2005) tinggal beberapa jam lagi Adam akan berangkat ke Brunei bersama Zahid, Farah dan Linda untuk menjayakan sebuah persembahan amal.
Memandangkan Adam berkampung di Brunei sehingga 10 September (semalam), terpaksalah Adam menyiapkan pojok ini lebih awal daripada biasa. Bimbang ada pertukaran jadual, tidaklah nanti Adam terkejar-kejar pada saat akhir.
Selain menumpukan perhatian pada persembahan amal di Brunei, Adam sibuk dengan latihan persembahan Anugerah Era (AE) yang akan berlangsung tidak lama lagi. Tahun ini, Adam diundang menghiburkan penonton dengan lagu Tak Tahu diiringi Esdco dan penari yang diimport khas dari negeri kelahiran Adam, Sabah.
Untuk memeriahkan suasana, Adam menjemput pelakon dan hos Beat TV, Sazzy sebagai penyeri persembahan.
Sebelum bertolak ke Brunei, semua yang terbabit dengan persembahan ini (kecuali Sazzy) menjalani latihan di Sabah. Selepas kembali dari Brunei, kami akan meneruskan latihan dan bertolak ke Kuala Lumpur Rabu depan.
Menariknya, persembahan Adam lain daripada yang lain, malah boleh dikatakan belum ada artis di Malaysia mengaplikasi idea ini.
Tarian Adam bertaraf antarabangsa, di mana gerakan lebih bertenaga dan pantas. Ini bukan omong kosong kerana Adam akan pastikan ia berjalan lancar sepertimana Adam mahukan.
Adam bersyukur kerana semua yang terbabit dengan persembahan ini tahu apa Adam inginkan.
Maklumlah kami sudah lama berkawan, jadi mereka dapat membaca apa yang bersarang di fikiran Adam.
Secara peribadi, Adam terharu dengan kesungguhan rakan yang tidak pernah mengeluh, biarpun gerakan tarian yang akan dipersembahkan nanti sukar dan mencabar.
Masing-masing tidak sabar beraksi di pentas AE, apatah lagi ia dikategorikan sebagai majlis berprestij dalam industri hiburan tanah air.
Biarpun dicalonkan bagi lima kategori yang bakal dipertandingkan, bukan soal menang kalah yang bermain di fikiran, sebaliknya Adam lebih bimbang memikirkan persembahan Adam. Adakah ia ‘cantik’ sepertimana Adam harapkan?
Adam berdoa semuanya berjalan lancar, khususnya gerak tari, kerana Adam mahukan yang terbaik dan biarlah ia meninggalkan kesan mendalam kepada penonton, di mana mereka akan mengingatinya sebagai persembahan paling menarik dan kreatif pernah mereka tonton.
Berbicara mengenai pencalonan, sebagai artis baru, perasaan bangga dan terharu bercampur baur apabila tersenarai sebagai calon bagi lima kategori, apatah lagi itu pilihan peminat. Adam memanjat syukur kerana masih ada yang menyokong Adam.
Terima kasih diucapkan kepada peminat yang mengundi Adam, tanpa mereka siapalah Adam.
Andai kata Adam tewas, Adam reda. Kecil hati? Tidak sama sekali kerana bagi Adam, soal menang kalah berkait rapat dengan rezeki. Adam akan lipatgandakan usaha dan perbaiki segala kelemahan bagi memastikan apa yang Adam lakukan lebih baik daripada hari ini atau semalam.
Jika menang? Adam anggap ia rezeki dan tuah. Tidak mungkin Adam mendabik dada kerana kejayaan itu berkat doa keluarga, rakan dan peminat yang tidak jemu menyokong Adam.
Kebelakangan ini ramai peminat bertanya kenapa album solo Adam tidak muncul lagi di pasaran. Sebenarnya, ia terpaksa ditangguhkan buat sementara kerana jadual Adam terlalu padat.
Insya-Allah peminat boleh mendapatkannya di kedai kaset dan CD bulan ini, cuma tarikhnya belum dipastikan. Adam harap peminat bersabar dan memahami situasi Adam. Adam mohon maaf di atas kelewatan ini.
Sebelum berundur, Adam ingin merakamkan ucapan tahniah kepada wakil Malaysia yang sekali lagi diiktiraf sebagai juara dunia Formula One Power Boat Future. Adam bangga dengan semangat waja dan kehebatan mereka. Malaysia Boleh!

0 Comments:
Post a Comment
<< Home